Saturday, February 19, 2011

Aksi-aksi piala FA 2011

Perak 4 : 1 PDRM




Pahang 2 : 1 Sabah




T-Team 1-1 Kelantan | PIALA FA 2011 | Penentuan Penalti



Harimau Muda (A) 4 - 0 SDM Navy

Tuesday, February 15, 2011

BILA RTM NAK SIAR LIGA SUPER 2011 ?

Ingatkan 2011 ni, liga super kita akan lebih meriah berbanding tahun lepas.. tapi ... rasenya lebih suram berbanding tahun lepas.. setelah 3 4 game bermula ni.. rase rindu lak dengan Sekilas Liga, Wisel Penamat dan Sebelum Wisel . RTM lagi best memeriahkan suasana bola Malaysia berbanding ASTRO setakat ni..

cek punya cek dlm tenet ni ada artikel pasal isu ni... :

Sebagai memahami kehendak rakyat, Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan berusaha sedaya upaya memastikan siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga M) 2011 disiarkan di saluran televisyen percuma itu.

Menurut Ketua Pengarah Penyiaran Malaysia, Datuk Ibrahim Yahaya, perbincangan sudah pun diadakan bersama pemegang baru hak penyiaran Liga M iaitu Astro dan dijangka akan mencapai persetujuan dalam masa terdekat.

“Para peminat bola sepak tempatan tidak perlu gusar kerana kita (RTM) tetap akan beli hak siaran untuk Liga M musim 2011 ini berdasarkan slogan ‘Sukan Terbaik Hanya di RTM’.

“Melalui perbincangan baru-baru ini, kita meminta supaya kadar yang perlu dibayar RTM kepada Astro sama seperti yang kita bayar kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada tahun-tahun sebelum ini.

“Segalanya kini berjalan lancar dan kita cuma hanya menunggu sebelum ia dimuktamadkan mene- rusi satu perjanjian dengan pihak Astro,” katanya ketika ditemui Kosmo! di Angkasapuri, Kuala Lumpur petang semalam.

RTM sebelum ini merupakan pemegang hak penyiaran Liga M dengan nilai tajaan RM6 juta setahun tetapi pada 2 Januari lalu, FAM mengumumkan Astro sebagai pemegang baru hak tersebut dari 2011 hingga 2014 dengan nilai tajaan RM30 juta setahun.

Namun, Astro bukanlah pemegang hak ekskusif siaran langsung Liga M kerana mana-mana stesen televisyen tempatan lain tetap dibenarkan untuk membeli hak penyiaran tersebut daripada stesen televisyen satelit itu.

Ibrahim turut memberitahu, usaha mendapatkan hak penyiaran Liga M 2011 itu dibuat memandangkan RTM merupakan badan penyiaran awam yang berperanan untuk menyemarakkan budaya sukan di negara ini.

“Kita tidak memikirkan soal kewangan secara keseluruhannya tetapi lebih kepada usaha memasti- kan rakyat dapat menonton aksi sukan tanah air terutama bola sepak.

“Sebagai bukti, siaran langsung final pertama Piala Suzuki AFF 2010 di RTM berjaya mencatat 2.8 juta penonton manakala final kedua mencatat 3.8 juta penonton. Ia sekali gus membuktikan sukan terbaik hanya di RTM,” tegasnya lagi.

Saingan Liga M 2011 bakal bermula 29 Januari ini dengan perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad Shah di antara Selangor dan Kelantan yang akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

- KOSMO!

Sunday, January 30, 2011

Harimau Muda A Tewas Tipis

Harimau Muda memulakan kempen Liga Super dengan carak permainan meyakinkan awalaupun kalah tipis 0-1 kepada barisan bintang, Negeri Sembilan.

Barisan Pertahanan Harimau Muda yang di kemudi oleh pemain dari Skuad Piala AFF Suzuki, Mohd Fadhli Shas, Mahali Jasuli dan Mohd Faizal ternyata terlalu kebal bagi Hairuddin Omar, Fakhri Shaarani dan S. Kunanlan.

Hanya 3 minit sebelum perlawanan tamat Shaffiq Rahman berjaya mengecewakan Mohd Izham Tarmizi, penjaga gol H.Muda A melalui tandukan hasil tendangan percuma Aidil Zakuan.

Jika bukan kerana kecekapan penjaga gol Farizal Marlias, Harimau Muda sudah tentu mendahului pada minit ke-43 melalui Mohd Irfan yang membuat tendangan lambung, walaupun kelihatan Farizal agak terkeluar dari posisi, beliau masih mampus menguis bola keluar dengan hujung jarinya.

Kelincahan wan Zack Haikal terpaksa dihentikan melalui kekerasan
Banyak kekerasan berlaku dalam perlawanan semalam

Wan Jamak hampir buntu mencari jalan menembusi pertahanan Harimau Muda A

Wan Zack Haikal menerima padah lagi
Hairuddin Omar kini antara tonggak utama Negeri Sembilan
Gol Negeri Sembilan berpunca dari tendangan percuma Aidil
Penyerang muda negara, patut menyalahkan pengalaman ceteknya apabila gagal menyudahkan sekurang-kurangnya tiga peluang terhidang. Situasi hanya berhadapan dengan penjaga gol pada minit ke-67 dan 74 gagal menewaskan Farizal.

Piala Sumbangsih 2011: Selangor 0 Kelantan 2


KELANTAN terus mencipta sejarah, kali ini berjaya menjuarai Piala Sultan Ahmad Shah buat kali pertama setelah menewaskan Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi.

Jaringan penalti Norshahrul Idlan Talaha dan sepakan percuma Badhri Radzi sudah cukup untuk menggagalkan hasrat Selangor meraih kejuaraan sumbangsih itu buat kali ketiga berturut-turut.

Tuah jurulatih baru, Datuk M. Karathu membawa kejayaan kepada Kelantan manakala aksi pemain Selangor kendalian K. Devan tampak lesu dan serba tidak menjadi.

Perlawanan yang dimeriahkan dengan kehadiran 35,000 penonton itu, menyaksikan Kelantan mendahului seawal minit kelapan menerusi sepakan penalti Norshahrul setelah bek kanan Selangor, Razman Roslan menjatuhkan Nurul Azwan Roya.

Tertekan dengan jaringan awal itu, Selangor cuba bangkit dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-31 menerusi tandukan Safee Sali tetapi sekadar menggegar palang gol Kelantan.

Sebaik babak kedua bermula, Selangor memasukkan Fitri Shazwan Raduwan menggantikan Safiq Rahim manakala Kelantan pula memasukkan Khairul Izuan Rosli menggantikan Danial Fadzly Abdullah pada minit ke-58.

Permainan terhenti hampir 10 minit pada minit ke-62 setelah penyokong Kelantan bertindak membaling botol minuman dan mercun ke arah padang.

Begitupun ia tidak menghalang Kelantan untuk mendapatkan gol kedua pada minit ke-83 menerusi sepakan percuma Badhri dari sebelah kiri yang gagal diagak dengan baik penjaga gol Selangor, Iqbal Suhaimi.

Jaringan tersebut terus mematikan langkah Selangor meskipun terus menggandakan asakan untuk mencari gol.



Trofi kejuaraan disampaikan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah diiringi Presiden Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa.

“Turun selaku juara Piala Malaysia, tekanan hebat terpaksa dipikul Kelantan. Tapi para pemain telah menunjukkan keyakinan diri yang tinggi.

“Ini merupakan kali pertama Kelantan muncul juara dan saya hadiahkan piala ini buat seluruh penyokong setia Kelantan," kata Karathu.

Devan pula berkata: “Gol awal Kelantan menerusi sepakan penalti telah mematikan rentak permainan kami. ”

Pada perlawanan tersebut, penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat yang beraksi cemerlang telah dipilih sebagai Pemain Terbaik Astro.



SELANGOR: 22. Iqbal Suhaimi, 3. Razman Roslan, 4. Asraruddin Putra Omar, 16. Yosri Derma Raju, 15. P. Gunalan, 20. Amirulhadi Zainal, 14. Hardi Jaafar (25. Khalid), 17. Amri Yahyah (c) (7. S. Sritharan), 8. Safiq Rahim (24. Fitri Shazwan Raduwan), 23. Fadzli Saari, 10. Safee Sali.

KELANTAN: 19. Khairul Fahmi Che Mat, 15. Daudsu Jamaludin, 6. Farisham Ismail, 17. Rizal Fahmi Rosid, 24. Zairul Fitree Ishak, 10. Solihin Kanasian, 8. Shakir Shaari, 11. Danial Fadzly Abdullah (27. Khairul Izuan Rosli) (5. Khairan Eroza Razali), 16. Badhri Radzi (c), 12. Nurul Azwan Roya, 9. Norshahrul Idlan Talaha.

PENGADIL: Yusof Mat Karim.